Sunday, December 15, 2013

Menjinak Bongkak, Bagai Mengopak Balak dengan Kapak.dari sini.

Tuesday, September 6, 2011

Puasa terakhir di Germany.

6 September 2011 (minggu ke 24)

Kelmarin 5 Sept 2011 hari ke 6 saya dan abang berpuasa di Germany. Sahur pun dah habis lambat iaitu 4.53 pagi & berbuka jam 8.07 malam. Memang sudah semakin awal berbanding mula berpuasa dulu (1 Ramadhan) iaitu sahur habis pada jam 3.42 pagi dan berbuka pada pukul 9.19 malam. Begitu cepat peredaran masanya. Alhamdulillah diberi kesihatan dan kekuatan di mana saya ni memang agak lemah & culaih (malas) bab2 puasa ni, tapi oleh kerana tahun ni saya dapat berpuasa penuh pada bulan Ramadhan jadi semangat utk menghabiskan puasa sunnat syawal kali ini agak tinggi.

Dari awal pagi lagi saya dah berangan2 nak makan nasi tomato, kari sayur2an, ayam masak merah & acar timun. Tetapi agak malas nak keluar dari rumah mencari bahan2 mentah. Tup2 abang balik beli salmon fillet 4 ketul. Saya memang tak boleh nak komen apa2 coz saya yang meminta abang utk belikan saya salmon sekali dalam seminggu. Nak beli selalu pun mahal juga, jadi sekali seminggu tu agak sesuai utk melayan selera disamping menjaga budget. Memandangkan kami sudah tiada peti ais di rumah jadi terpaksa ler tukar menu. Tapi disebabkan kedegilan utk makan nasi tomato sangat menebal, maka inilah menu buka puasa terakhir kami kelmarin. Ngam gak...Ikut suker je..Ikan salmon tu saya perap je dengan garam, lada hitam (tumbuk kasar), bawang putih & perahan lemon. Emmm memang menyelerakan kami sekeluarga...



Nasi tomato, kari sayur, acar timun, sambal kentang & fillet salmon grill...

Sebenarnya saya lebih suka ikan salmon asli camni tapi abang tak jumpa kat kedai dekat rumah, so beli fillet je....Tp Norwegian salmon ni mmg tidak akan mengecewakan. Lembut, manis & berlemak...Pastu tak payah masak lama, senang kerja...


Thursday, September 1, 2011

Menghitung Hari...


3 Syawal 1432 H ( 1 Sept 2011)

Suasana pagi ni memang sejuk jer....Jika kaki tak beralas sejuk je memijak lantai dapur.....Emmm mana tidaknya suhu kini 12 darjah celcius. Menjelang autumn di Hannover, Germany.....Masa berganti masa, musim bersilih ganti.....Autumn datang lagi, mengikut ketentuanNya seiring sunnatullah....16 hari lagi insyaallah kami akan pulang ke Malaysia....Cuba menikmati detik2 tersisa di sini. Kekadang gembira, kekadang sayu, silih berganti.....Apa2 pun bersyukur dengan pengalaman manis yg dilalui. Walaupun ada waktu2 yang mencabar tp alhamdulillah mampu ditangani & hilang tanpa kesan.....Ibarat luka yang tak berparut......

Abang agak sibuk dengan persediaan utk presentation tesis.....Tesis masih di tangan supervisor utk pembetulan kali ke 3....Harap2 tidak banyak perubahan & pindaan lagi ataupun pindaan sifar....Jika tiada aral melintang, minggu depan presentation tesis & minggu seterusnya balik Malaysia....Moga semuanya berjalan lancar.....

Wednesday, August 31, 2011

Ke mana menghilang?

Pagi ni, selepas solat Subuh, sekitar jam 5.00 pagi, saya menjenguk ke luar tingkap. Berasa sedikit hairan kerana tak nampak basikal abang yg biasa diletak di tempat letak basikal di hadapan bangunan rumah kami. Tetapi tidak begitu mengambil berat kerana memikirkan mungkin abang meletakkan basikal di tempat lain. Tiba2 abang pula memberitahu yg dia juga hairan basikalnya dah tiada. Ooo rupanya dah hilang....Mungkin setakad ni je rezeki kami ngan basikal tu. Sayang tu memang sayang kerana ada beberapa minggu lagi abang perlu pergi ke uni....So terpaksa menapak atau naik tram ke uni...Menapak agak memakan masa & tenaga...Tetapi jika naik tram walaupun tak penat tapi tetap mengambil masa kerana perlu naik 2 tram. Emmm tak per lah dugaan di saat2 akhir kami di Germany ni. Lagi satu rasa terkilan kerana abang telah berjanji utk memberikan basikal ni kepada seorang adik di sini. Kami bercadang dalam seminggu 2 lagi nak beri kepada adik tersebut tp janji tinggal janji je...Sori ler Mawi...Kita hanya merancang, Allah menentukan......Selamat tinggal basikal yang telah berkhidmat hampir 2 tahun........Mungkin orang yang mengambilnya lebih memerlukan berbanding kami......Hadiah je lah....Moga basikal tu memberi manafaat kepada Si Pengambil...

Tinggal kenangan....

Hari Raya ke 2...


Tahun ni memang sgt gembira berpuasa.....Pertama syukur kerana cuaca sejuk & damai je wpun berpuasa dlm tempoh yg panjang di musim summer.....Sampaikan waktu berbuka pun selalu terlupa/lambat minum air coz tak begitu dahaga ......Allah Maha Penyayang......Kedua & utamanya gembira kerana setelah bertahun2 tak pernah penuh berpuasa, tahun ni dapat berpuasa penuh selama sebulan di bulan Ramadhan......Terasa satu kepuasan.....Satu lagi rezeki dariNya....Jadi peluang yang ada di tahun ni cuba digunakan sebaik mungkin.....Beraya di rantauan kurang komitment utk banyak berziarah & rumah yang sunyi je, dengan mudah je kami dapat berpuasa di hari ke 2 syawal....Moga terus diberi kekuatan utk terusan berpuasa selama 6 hari berturut2 & dapat beraya sekali lagi di syawal ke 7 nanti......Amin...


Apa nak makan ya berbuka nanti?...Yang pastinya mulakan dengan buah kurma @ buah2an mengikut sunnah & utk kesihatan perut...

Tuesday, August 30, 2011

Raya terakhir di Germany....


Sejak menghitung hari utk balik ke Msia ni, mood berhari raya semakin kurang. Membuat persediaan amat sederhana sekadar melayan anak2....Kesian juga kat budak2...Buat kuih raya sikit, nasi impit, lemang, rendang, kuah kacang & soto. Cukuplah utk mereka merasakan hari ini hari yg berbeza dari hari2 yg lain. Dengar Asila bercakap dengan kakak2nya pada petang sebelum raya kelmarin, ''ibu dah masak kuih utk rayalah''. Alhamdulillah, jika Asila yg kecil pun dah dapat rasa perbezaannya cukuplah....Sebenarnya petang tu saya membuat lemang anak rantau di mana kali terakhir buat pun hari raya haji tahun lepas......Kemeriahan tetap terasa selepas kami pergi berhari raya ke rumah adik di sini....TQ adik2 sume, dptlah kami berkongsi rasa & gembira beraya bersama2......


Kenangan berhari-raya di tahun yang lalu....

Friday, August 26, 2011

Menghantar Barang2 dr Germany ke Malaysia...

Sekejap sahaja masa berlalu.....Pejam celik pejam celik kami sudah berada di penghujung tahun ke 2 berada di Hannover, Germany....Tiba masanya utk balik ke Malaysia....Mmg, rindu kepada negara tercinta seperti sudah tidak terbendung lagi...Rindu pada mak, adik2 beradik, saudara-mara & sahabat handai...Rindu pada makanan, suasana & bermacam2 lagi. Tapi dalam masa yg sama tetap sedih & berat hati melepaskan suasana damai & tenang di rantauan ni. Tapi biarlah, bak kata pepatah, "Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri". Biarlah politik yang berkecamuk, biarlah keselamatan di hujung tanduk, biarlah harga barang yang melambung, biarlah apa saja.....Kami tetap akan balik jua....Back for good, insyaallah...Syukur kehadratNya dengan rahmat yang melimpah ini...

Seminggu kebelakangan ini, kami (terutama abang & saya) begitu sibuk. Di samping berkemas barang2an utk dibawa pulang, abang juga sibuk dengan pembetulan akhir penulisan tesis di sini. Saya sendiri di samping menguruskan urusan rumahtangga di siang hari, malam pula mengemas barang2. 3 malam tak tidur....Lepas solat isya' terus berkemas hingga sahur & subuh....Selesai solat subuh rehat sebentar hingga jam 7.00 pagi utk mengejut anak2 ke sekolah. Selepas anakanda bertiga ke sekolah baru berpeluang melelapkan mata. Entahlah berasa lebih selesa utk berkemas pada malam hari. Lebih tenang, boleh makan & minum serta anak2 tidak menggangu. So masa lebih berkualiti lagi...

Sebenarnya kami telah mula berkemas terlalu lama. Sedikit demi sedikit, berperingkat2....Bermula selepas winter (sekitar bulan Februari tahun ini) hingga sekarang.....Entah berapa kali mengasing, menyusun dah membuang barang2 yang dirasakan tidak begitu penting. Alhamdulillah, usaha kami itu amat membantu di mana di saat2 akhir tidak begitu memberi tekanan....Walaupun tidak disusun dengan baik pada mulanya tetapi pengkelasan dari peringkat awal memang banyak membantu....Sesungguhnya masa 24 jam yang ada cuba digunakan sebaik mungkin sejak dari dulu lagi....Tetapi seawal mana kita bersedia pun, di saat akhir tetap memerlukan pengorbanan masa & tenaga yang tinggi. Maklumlah kami ni keluarga besar (6 orang)....Melihat komen2 kawan2 di FB yang letih & malas utk berkemas pulang beraya ke kampung, saya hanya mampu tersenyum....Tak leh nak komen dah...Rasanyer tak der yg 3 hari tak tidur utk berkemas pulang ke kampung kut....


Tetapi susah payah kami tidak bersendirian.....Terima kasih tidak terhingga kepada adik2 di sini yang banyak membantu....Bukan sahaja di Hannover, malah di Braunsweigh dan juga di Osnabruck.

Walaupun ikut perancangan awal kami akan menghantar barang ke Malaysia menggunakan half container load services kerana barang2 kami tidak begitu banyak. (Terimakasih juga kepada IU & Neny yg byk memberi info tentang kaedah penghantaran ni). Itu pun abang amat berat hati utk bersetuju dengan cadangan saya di mana abang lebih suka menggunakan perkhidmatan door to door yang bagi saya terlalu mahal & jumlah barangan yang dapat dihantar juga menjadi terlalu terhad (kerana kos yg tinggi). Abang tidak mahu menggunakan half container load services kerana byk perkara yang perlu diselesaikan bermula dari di sini hingga apabila barangan tiba di Malaysia nanti. Mengurus dengan pihak pelabuhan, custom clearance, pengangkutan barangan dr Port Klang ke rumah etc....Tetapi rezeki tetap rezeki. Akhirnya dengan maklumat dan peluang yang muncul di saat2 akhir kami berjaya berkongsi container dengan adik2 dr Osnabruck....Mereka mengambil Full Container Load (FLC) dan kami hanya merupakan salah seorang dari lebih kurang 10 orang yang berkongsi dan semua urusan diurus oleh pihak mereka. Kami hanya pack barang2 & hantar ke rumah mereka. Itu sahaja. Lain2 semua diuruskan oleh mereka......Inilah rezeki Allah....Sesungguhnya kami amat bersyukur....Kurang tekanan kerja, masa, susah payah & dalam masa yang sama keselamatan barangan yang dihantar lebih terjamin. Last but no least, kos penghantaran juga semakin jimat.....ie Euro 1600/container boleh dikongsi beramai2...


Bukan itu sahaja, malah pengurusan pengangkutan dari Hannover ke Osnabruck juga dibantu sepenuhnya. Terima kasih tidak terhingga kepada Cen yang menguruskan penentuan tarikh (menyesuaikan masa yang sesuai dengan Radin), penempahan lori & juga berhubung dengan adik2 di Osnabruck ( Aiman & Acong). Radin yang akan balik ke Malaysia utk berhari raya pada hujung minggu ini juga, terpaksa mengorbankan waktu rehat selepas penat bekerja pada sebelah petang utk menjadi driver menghantar barang2 kami ke Osnabruck. Last but not least, semua adik2 yang membantu mengangkat barang pada sebelah petang ( padahal penat berpuasa ). Kami sekeluarga sangat terharu dengan budi baik semua. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik anda semua....Kami hanya mampu mendoakan yang terbaik utk anda sekalian....Sempena bulan yang mulia ini, moga kita sentiasa dinaungi rahmat dari Illahi & perjalanan kita sentiasa berada di landasanNya...AMIN...



Dah siap pack dah....Antara 21 items barang2 kami....


Adik2 yang datang membantu mengangkat barang.....Terimakasih banyak2....5 orang (Cen, Atan, Kamil, Mawi & Khazim) campur ngan abang, 6 orang....So kerja tidak menjadi terlalu berat...."Apa yang penting bekerjasamaaaaaa..."

Item terakhir yang diangkat....Scooter Mmad...Murah je tetapi tetap dibawa pulang kerana Mmad memang sayang kat scooter ni & scooter ni dah byk berjasa...

Saat utk bertolak ke Osnabruck...Radin, Cen & Abang....
Related Posts with Thumbnails